home Dunia Islam, Semasa Aktivis lancar solidariti di media sosial peringati peristiwa Nakba

Aktivis lancar solidariti di media sosial peringati peristiwa Nakba

 

RAMALLAH – Demonstrasi di seluruh bandar Palestin bagi memperingati peristiwa Nakba telah dibatalkan tahun ini berikutan penularan wabak pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, aktivis Palestin mengambil inisiatif menggunakan media sosial dan digital bagi membangkitkan semangat memperingati ulang tahun ke-72 tragedi Nakba.

Pada Khamis, aktivis Palestin melancarkan #Palestinsecarakeseluruhan sebagai solidariti untuk mengesahkan hak Palestin dan memberi kesedaran kepada usaha penjajahan Israel.

“Untuk ulang tahun Nakba ke-72, kami tidak akan menerima kenyataan di mana Palestin dijajah oleh satu inci pun.

“Kami percaya Palestin lengkap sebuah negara dan kami yakin bahawa penjajahan Israel tidak bertahan,” kata wartawan Palestin, Dawoud Abu Dalfa.

15 Mei adalah hari di mana ratusan ribu rakyat Palestin dijajah dan dibunuh oleh rejim Israel pada tahun 1948.

Lebih satu pertiga penduduk Palestin berjumlah 750,000 orang menjadi pelarian.

Tahun lalu, tentera Israel mencederakan sekurang-kurangnya 47 orang Palestin ketika demontrasi Nakba. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *