home Dunia Islam, Semasa ‘Tiada siapa boleh ambil tanah Palestin’: Erdogan

‘Tiada siapa boleh ambil tanah Palestin’: Erdogan

 

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengulangi sokongan negaranya terhadap Palestin ketika umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri, pada Ahad lalu.

“Kita (Turki) tidak akan membiarkan tanah Palestin ditawar kepada pihak lain.

“Saya ingin mengulangi bahawa al-Quds Al-Sharif, tempat suci ketiga dan kiblat pertama kami, dan garis merah untuk semua umat Islam seluruh dunia,” katanya dalam sebuah video dimuat naik di Twitter  yang ditujukan kepada umat Islam Amerika Syarikat (AS).

Dalam video berkenaan, Erdogan menegaskan bahawa sudah jelas pemerintahan global hari ini gagal memberi keadilan, perdamaian dan ketenangan terutama dalam isu Palestin. 

“Minggu lalu kita menyaksikan bahawa projek pendudukan dan rampasan baharu, yang mengabaikan kedaulatan Palestin serta undang-undang antarabangsa, telah dilaksanakan oleh rejim Israel,” katanya.

Israel sebelum ini mengatakan akan merampas sebahagian Tebing Barat pada 1 Julai, seperti yang dipersetujui antara Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Ketua Parti Biru dan Putih, Benny Gantz.

Rancangan itu telah menimbulkan kemarahan seluruh dunia, dan turut menerima kecaman hebat daripada Turki. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *