home Semasa Isu arak : Kerajaan perlu bertindak cepat, cabut jarum permasalahan

Isu arak : Kerajaan perlu bertindak cepat, cabut jarum permasalahan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 tertinggi di dunia dalam jumlah pengambilan atau minum arak oleh rakyatnya. Rakyat negara ini membelanjakan RM1.5 bilion untuk arak setahun. Ini adalah perkara yang amat serius tetapi tidak diambil berat oleh banyak pihak untuk membendungnya (Akhbar The Star 23 Mei 2011).

Tambahan pula negara Malaysia merupakan antara negara yang menetapkan had minimum yang agak tinggi berbanding negara Asia yang lain seperti Thailand dan Singapura sedangkan had minimum yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah sebanyak 0.05g/dl. Kesan daripada jualan arak, sudah jelas dan terbukti menyebabkan peningkatan kes-kes pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa pengguna jalan raya.

Baru-baru ini, kejadian Allahyarham Korporal Safwan yang meninggal dunia akibat dirempuh pemandu mabuk ketika beliau menjalankan tugas sebagai anggota polis di tengah-tengah pagi buta pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. Peristiwa-peristiwa sebegini berulang lagi seperti tiada pengakhiran seolah-olah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tidak lagi berkesan untuk menghalang pemandu mabuk yang tidak bertanggungjawab untuk terus mabuk ketika memandu.

Hal ini bukanlah suatu perkara asing kerana secara berterusan berlaku. Ianya bukan sahaja menyebabkan kematian mangsa yang dilanggar tetapi juga mengakibatkan keluarga mangsa kehilangan orang tersayang dan pencari nafkah.

Oleh itu, saya mengesa kepada pihak kerajaan untuk mengambil tindakan yang drastik secara holistik bagi menyelesaikan isu ini dengan segera. Kita tidak mahu lebih banyak nyawa yang tidak bersalah dipertaruhkan lagi. Sampai bila isu ini terus berlarutan sedangkan jarum permasalahan ini masih lagi tidak dicabut sejak dulu lagi.

Antara langkah yang dicadangkan adalah:

1. Melarang penjualan arak kepada umum secara terbuka. Contohnya, haramkan terus penjualan arak di tempat terbuka seperti pasaraya, kedai-kedai runcit dan seumpamanya untuk sekurang-kurangnya di kawasan majoriti penduduk Muslim.

2. Meminda undang-undang sedia ada dengan mengenakan hukuman yang lagi berat. Sebagai contoh, mengantung lesen seumur hidup, penjara seumur hidup, sebat atau hukuman bunuh. Hukuman ini telah terbukti berkesan setelah diamalkan di beberapa negara luar terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian pemandu lain.

3. Mengurangkan had minimum kandungan alkohol pada setiap minuman arak dan lebih baik jika kadar kandungan alkohol itu sifar.

4. Akhirnya, menarik lesen dan memberhentikan operasi kilang arak di negara ini. Hal ini lebih baik jika dilakukan supaya arak ini tidak mudah didapati dan secara perlahan-lahan mengurangkan kadar peminuman arak dalam masyarakat ke arah sifar peminum alkohol dalam masyarakat.

Akhir kata, saya menyeru agar semua lapisan masyarakat untuk bangkit menyuarakan kekesalan dan mendesak pihak kerajaan untuk memandang serius akan perkara ini. Saya mengharapkan kerajaan dapat mengambil langkah lebih tegas bagi membanteras gejala memandu ketika mabuk dan mengambil tindakan-tindakan yang dinyatakan di atas bagi mengekang gejala tersebut yang sudah meragut banyak nyawa mangsa keadaan.

Sekian

Luqman Arifin
YDP PEMBINA UKM

www.indahnyaislam.my

—-—

Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *