home Semasa Khamis ini dapat tahu SOP solat Jumaat, jemaah

Khamis ini dapat tahu SOP solat Jumaat, jemaah

 

BANGI – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan berbincang dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, SOP berkenaan akan diperhalusi dalam mesyuarat Kabinet esok dan keputusannya dijangka diketahui Khamis ini.

Pandangan berkenaan juga dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Majlis Raja-Raja dan pihak berkuasa negara, katanya.

“Hari ini saya nak bincang, jadi esok masuk mesyuarat Kabinet. Itulah prosedur kita lakukan.

“Kita sentiasa mengambil cakna terhadap apa yang disarankan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, untuk SOP yang akan kita bina, Insya-Allah,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli menasihatkan semua pihak supaya berwaspada dan patuh kepada semua SOP yang ditetapkan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditukar kepada PKPB.

Katanya, pemantauan sentiasa menjadi agenda utama dengan mengutamakan kebersihan, penggunaan pensanitasi tangan, menjaga jarak dan mengelakkan berkumpul beramai-ramai.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *