home Dunia Islam Polis Israel tembak mati rakyat Palestin kurang upaya

Polis Israel tembak mati rakyat Palestin kurang upaya

BAITULMAQDIS – Polis Israel menembak mati seorang rakyat Palestin yang tidak bersenjata berhampiran Old City di Timur Baitulmaqdis yang diduduki.

Iyad el-Hallak, 32, yang bekerja di sekolah khas di Old City ditembak mati oleh rejim berkenaan pada pagi Sabtu, menurut agensi berita Palestin, Wafa.

Keluarga mangsa memberitahu, Iyad yang mengalami kurang upaya mental sedang menuju ke sekolah sebelum ditembak mati.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld mendakwa kononnya Iyad dilihat mencurigakan dengan objek seperti pistol. 

“Mereka menyuruh dia berhenti dan mula mengejarnya dengan berjalan kaki, ketika mengejar Iyad polis Israel melepaskan tembakan,” dakwa Rosenfeld.

Dia kemudiannya mengesahkan bahawa tiada sebarang senjata dijumpai di kawasan itu. 

Selepas insiden itu, polis Israel menutup Old City dan media tempatan melaporkan bahawa pegawai perubatan dilarang memasuki kawasan berkenaan.

“Rakyat Palestin mengatakan bahawa Iyad ditembak dengan beberapa das peluru dan ditinggalkan dalam keadaan parah sebelum meninggal dunia,” lapor Wafa.

Polis Israel juga dilaporkan menyerbu rumah Iyad di kawasan kejiranan Wadi Joz, di mana anggota keluarganya di soal siasat.

Difahamkan, mayat Iyad dipindahkan ke Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv, dan pihak berkuasa Israel sehingga kini masih belum memberikan maklumat lanjut. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *