home Semasa, Tarbiah Ramadan berlalu pergi

Ramadan berlalu pergi

 

Ramadan berlalu pergi sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Berjayakah madrasah Ramadan kali ini melahirkan insan baru yang bertaqwa?

Ramadan seharusnya memberi nilai tambah kepada seorang muslim.

Muslim yang menjaga keikhlasan amalan sebagaimana ibadah puasa itu adalah rahsianya dengan Allah SWT.

Seorang yang berdisiplin dengan masa dan tidak menangguhkan sesuatu urusan dengan sia-sia sebagaimana dia menjaga tepatnya waktu ketika berbuka puasa dan bersahur.

Seorang yang mengejar ganjaran akhirat tanpa menghiraukan tipu daya dunia sebagaimana mujahadahnya pada malam-malam Ramadan.

Seorang yang segera melakukan suatu urusan kebaikan sebagaimana dia bersegera dalam berbuka puasa.

Seorang yang jiwanya tersimpul kuat dengan Al-Quran selepas tilawah dan tadarus pada bulan Ramadan.

Seorang yang mengambil berat nasib saudaranya yang lain sebagaimana infaq dan zakat fitrah yang dibayar.

Seorang yang cekal dan terus berjuang sebagaimana sabarnya dalam mengharungi letih dan dahaga sepanjang Ramadan.

Inilah cahaya Ramadan yang akan menerangi kelamnya dunia dengan perjuangan yang suci dan penuh kesungguhan.

Semoga Allah SWT menerima semua amalan dan mujahadah kita pada Ramadan ini. Ya Rabb.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat
t.me/ustazshuhaibarrumy

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *