home Kalam Tokoh, Tarbiah Ramadan dan Al-Quran

Ramadan dan Al-Quran

 

1- Sekiranya kita membaca al-Quran, kita hanya akan temui satu sahaja ayat yang menyebut tentang Ramadan di dalam al-Quran dan ayat ini menyebut tentang penurunan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia sepertimana firman Allah s.w.t:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Surah al-Baqarah: 185

2- Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita lihat atau muhasabah kembali sejauh mana kita mengikuti petunjuk al-Quran.

Ketika bulan ini cukup banyak kelebihan dan ruang-ruang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hambanya untuk kembali kepada fitrah dan peranan asal manusia sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini dengan berpandukan kepada al-Quran.

3- Al-Quran adalah panduan kepada seluruh manusia. Ia adalah manual yang menerangkan kepada manusia apa yang dikehendaki oleh pencipta. Firman Allah s.w.t:

هَٰذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya). Surah al-Jathiyah: 20

4- Selain menyuruh manusia mengambil al-Quran sebagai panduan hidup mereka, Allah s.w.t juga menyatakan ancaman kepada sesiapa yang tidak menuruti apa yang terkandung di dalam al-Quran. Sepertimana firman Allah s.w.t:

وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. Surah az-Zumar: 55

5- Panduan al-Quran adalah relevan untuk setiap zaman dan setiap aspek kehidupan, tetapi cuba kita muhasabah sejauhmana kita mengambil al-Quran sebagai rujukan dan panduan berbanding kitab-kitab rujukan barat.

Semoga al-Quran kembali menjadi rujukan umat Islam.

Ust Mus’ab Norkefli

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *