home Semasa RM132.85j dibelanja agensi Islam bantu asnaf dan petugas barisan hadapan

RM132.85j dibelanja agensi Islam bantu asnaf dan petugas barisan hadapan

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM132.85 juta dibelanjakan agensi hal ehwal agama, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membantu asnaf dan petugas barisan hadapan.

Menterinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata ia adalah antara pencapaian besar pihaknya selepas dilantik sebagai Menteri pada Mac lalu.

Katanya, peruntukan itu diagihkan menerusi program #MusaadahCovid19 membabitkan 10 agensi termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjumlah RM81.2 juta.

“Ia termasuk peruntukan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM39.5 juta, Yayasan Waqaf Malaysia (RM1 juta) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebanyak RM1.54 juta.

“Turut menyumbang dalam program ini ialah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) (RM2.15 juta) dan Tabung Haji (RM6.2 juta),” katanya di dalam Kad Laporan Pejabat Menteri di JPM (Pencapaian Mac –April 2020), hari ini.

Pencapaian lain beliau sebagai Menteri termasuk mengadakan empat Mesyuarat Khas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) bagi membincangkan isu pentadbiran Islam ketika PKP.

Ia termasuk pemerkasaan Bahagian Penyelidikan JAKIM, Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Sosial dan Jawatankuasa Pelaksanaan Pelan Tindakan Sosial serta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Zulkifli berkata, Kad Laporan bulanan ini adalah salah satu usaha untuk menampilkan bentuk transformasi baharu dalam institusi pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan.

Katanya, sejak awal menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beliau berhasrat menjadikan agensi di bawah bidang kuasanya lebih segar, baharu, efisien dan proaktif.

“Terima kasih kepada semua yang terus bersama-sama kami, membina Malaysia supaya menjadi sebuah negara yang baik dengan rahmat Tuhan yang Maha Pengampun (baldatun thoyyibatun wa rabbun ghafur),” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *