home Semasa Solat tarawih, Jumaat di masjid masih dalam perbincangan

Solat tarawih, Jumaat di masjid masih dalam perbincangan

 

KUALA LUMPUR: Kebenaran bagi pelaksanaan aktiviti agama di masjid dan surau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi dalam perbincangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata ini kerana pelbagai aspek perlu diambil kira khususnya membabitkan soal kesihatan dan keselamatan sebelum kerajaan tampil dengan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu.

“Kami sudah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan demi perbincangan dengan mufti, dan Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

“Kali terakhir, pada 30 April lalu. Ia (SOP) sudahpun dibentangkan dan masih dalam penelitian lanjut.

“Pandangan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara) juga diambil kira, rentetan itu, saya turut dimasukkan dalam mesyuarat MKN yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri (Menteri Kanan),” katanya baru-baru ini.

Sementara itu, difahamkan pihak kementerian akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci melalui soalan lazim (FAQ) esok, berhubung isu berkaitan aktiviti agama di masjid dan surau yang masih dalam larangan bagi PKPB. – bharian

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *