home Dunia Islam, Semasa Bekas ketua pejuang Islam Palestin meninggal dunia

Bekas ketua pejuang Islam Palestin meninggal dunia

BAITULMAQDIS – Bekas ketua kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin (PIJ) Ramadan Shalah dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Menurut sumber, bekas pemimpin berusia 62 tahun itu mengalami koma selama tiga tahun selepas melakukan pembedahan jantung.

Setakat ini, tiada maklumat tepat mengenai lokasi Allahyarham namun, desas-desus mengatakan bahawa beliau berada di Lubnan.

Sebelum ini, Ramadan tersenarai antara individu paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS), apabila negara itu menawarkan ganjaran AS$5 juta kepada pihak yang dapat menangkap bekas pemimpin berkenaan.

Ramadan mengetuai kumpulan yang disokong Iran selama lebih 20 tahun, setelah pengasasnya, Fathi Shikaki ditembak mati di Malta dalam satu serangan oleh Israel.

Beliau terkenal dengan ucapan lantangnya menentang rejim pengganas Israel, sekali gus memberi peluang Israel menahannya dan melarangnya untuk menjadi pengajar.

Pada tahun 2018, PIJ menggantikan Ramadan dengan pemimpin baharu, Ziad al-Nakhalah.

PIJ mempunyai pejabat cawangan di Syria dan Lubnan, namun kebanyakan aktivitinya tertumpu di Semenanjung Gaza, Palestin. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *