home Dunia Islam, Semasa China paksa Etnik Islam Uyghur hasil barang berjenama di kem tahanan

China paksa Etnik Islam Uyghur hasil barang berjenama di kem tahanan

XINJIANG – Etnik Islam Uyghur terus ditindas apabila kaum wanitanya dipaksa untuk menghasilkan pakaian dan bekerja di kilang bagi menjana ekonomi negara.

Ratusan syarikat antarabangsa telah mengambil peluang itu apabila membeli kapas untuk menghasilkan produk mereka di China termasuk Lacoste – yang didapati membuat sarung tangan di pusat tahanan rejim China.

Antara jenama antarabangsa lain termasuk Muji, Uniqlo, H&M, Esprit dan Adidas.

Ketika kemelut antara Amerika Syarikat (AS) dan China melanda, pemerintah AS turut mengubah cara pengeluar pakaian beroperasi di rantau ini – bagi memperbaharui industri fesyen.

Dewan Perwakilan AS pada minggu lalu mengesahkan, untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin China, berikutan penahanan sekitar sejuta etnik Uyghur di kem tahanan.

Dalam Undang-Undang Cegah Tenaga Kerja Paksa Uyghur yang digubal dewan itu, antara lain memastikan etnik minoriti itu dilindungi daripada menghasilkan barangan berjenama.

Antara syarikat yang disebut dalam undang-undang berkenaan adalah Kumpulan Esquel- pengeluar tekstil yang berpangkalan di Hong Kong dan mempunyai kilang di Xinjiang.

Pelanggan-pelanggan Esquel termasuk Calvin Klein, Esprit, Nike, Patagonia dan Tommy Hilfiger. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *