home Semasa Di mana PBB? Kenakan tindakan diplomatik terhadap Israel: Hamas

Di mana PBB? Kenakan tindakan diplomatik terhadap Israel: Hamas

 

GAZA – Kumpulan pejuang Palestin, Hamas meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menekan Israel supaya menghentikan penyeksaan terhadap tahanan Palestin, lapor Anadolu Agency.

Gesaan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap kumpulan berkenaan, Abdul Latif al-Qanoua.

“Penyeksaan berterusan terhadap tahanan perang oleh Israel memerlukan tindakan diplomatik untuk membawa pelakunya ke mahkamah antarabangsa,” kata Abdul Latif.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Tahanan Palestin (PPS), 95 peratus tahanan Palestin yang kini berada di penjara Israel mengalami penyeksaan.

“Pihak berkuasa Israel juga bertindak kejam dengan mencegah peredaran darah sampai ke tangan mereka, menutup kepala mereka dengan beg kotor, serta terus-menerus memukul, menampar, menendang, mendera secara lisan dan menghamburkan kata-kata hinaan dengan sengaja,” kata kenyataan itu.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa Israel juga mengancam para tahanan dengan penangkapan, melakukan penderaan seksual dan membunuh anggota keluarga mereka, selain merobohkan kediaman mereka. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *