home Semasa Haram jual arak di kedai serbaneka, langkah awal ‘negara sifar alkohol’

Haram jual arak di kedai serbaneka, langkah awal ‘negara sifar alkohol’

BANGI – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengesyorkan kerajaan mengharamkan penjualan arak di peringkat kedai serbaneka terlebih dahulu sebagai langkah awal ke arah negara sifar alkohol.

Saranan itu disuarakan selepas seorang pengurus kelab malam dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret atas empat pertuduhan termasuk memandu dalam keadaan mabuk, menumbuk polis serta membaling kerusi terhadap penjawat awam itu.

Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya hairan apabila kes jenayah membabitkan individu mabuk sejak kebelakangan ini berlaku ketika premis-premis seperti bar dan kelab malam tidak dibenarkan beroperasi susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Justeru, beliau merumuskan pastinya mereka yang mabuk ini hasil daripada pembelian arak dari kedai-kedai serbaneka.

“Sebab itulah saya mengajak kita berbincang keluar dari setakat kerangka pemandu mabuk semata-mata. Namun, saya tidak menafikan undang-undang jalanraya perlu diperketatkan.

“Bagaimanapun, melihat kepada isu sebegini, memang sudah jelas bahawa punca sebenar kepada semua permasalahan ini adalah arak.

“Ia memungkinkan manusia untuk melakukan perkara-perkara luar biasa yang membahayakan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut berharap rakyat bersama-sama terus melakukan desakan agar industri arak diperlakukan sesuatu secara drastik walaupun berperingkat oleh kerajaan.

Katanya, Malaysia semakin maju dan membangun, maka pada masa sama negara perlu meninggalkan apa jua yang merosakkan negara termasuklah arak, sebagaimana kita memerangi dadah, rasuah dan sebagainya.

“Menikmati hidup yang selamat, tenteram dan aman adalah hak kita bersama.

“Minum arak bukannya soal hak kebebasan beragama selain Islam, maka jauh sekali dari menjadi ‘hak agama bukan Islam’ kerana memelihara nyawa itu adalah prioriti kita yang paling utama,” katanya. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *