home Semasa Islam, raja Melayu bagai dihenyak bila jata negara dihina

Islam, raja Melayu bagai dihenyak bila jata negara dihina

 

BANGI – Laporan polis boleh dibuat terhadap mana-mana pihak yang menghina jata negara, kerana penggunaannya secara tidak wajar adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414).

Pengerusi Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat (UPR) Malaysia (Macsa), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, penggunaan jata negara atau Persekutuan dilindungi oleh akta berkenaan seperti yang termaktub di Bahagian 1 Akta 414. 

Beliau berkata, jata negara adalah lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenan dan diwartakan oleh raja-raja Melayu pada 30 Mei 1952. 

“Ia simbol perpaduan negara kita yang tercinta kerana pada setiap simbol, ada maknanya tersendiri.

“Setiap negeri tersenarai. Bulan bintang adalah lambang agama Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Sebelum ini, tular mengenai sebuah buku bertajuk ‘Rebirth Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia’ kerana mempermainkan dan seolah-olah menghina jata negara pada kulit depan buku berkenaan. 

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu memaparkan logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai muka hadapan. 

Menyelar tindakan penulis dan penerbit buku berkenaan, Dr Rafidah Hanim mempersoalkan tujuan elemen subversif yang telah mencaca-marbakan simbol penting negara. 

“Tidak kira apa alasan pun, kita tak perlu terikut-ikut dengan budaya asing yang meraikan ‘kreativiti tanpa had’ yang semua perkara boleh diperlekehkan dan dipermainkan.

“Kerana kita menjaga kehormatan negara kita, rakyat kita ada disiplin, mematuhi arahan. Tidak protes dan memberontak kepada arahan kerajaan dan KKM contohnya dalam memerangi COVID-19,” katanya. 

Beliau menegaskan, elemen yang ‘menghenyak’ dan menghina simbol-simbol negara mesti dibanteras supaya tidak menjadi ikutan generasi akan datang. 

“Apa yang generasi anak-anak kita belajar, melihat ada buku yang megah meuar-uarkan penghinaan mereka terhadap jata negara Malaysia?

“Penulis-penulis yang menyumbang juga tiada yang membantah?,” katanya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *