home Semasa Aya Sophia menjadi masjid kembalikan maruah Islam

Aya Sophia menjadi masjid kembalikan maruah Islam

 

MEDIA antarabangsa melaporkan beberapa negara barat membantah keputusan mengubah Aya Sophia dari muzium ke masjid. Antaranya negara jiran Turki iaitu Greece, selain Amerika. Kononnya keputusan tersebut bakal mencetuskan ketegangan dan mahu ia dikekalkan sebagai muzium.

Sedangkan perjuangan mengembalikan semula fungsi asal Aya Sophia setelah dibuka oleh al-Fateh telah bermula sejak sekian lama. Ia adalah cita-cita dan maruah Islam bukan sahaja di Turki, bahkan seluruh dunia.

Ternyata tindakan kerajaan dibawah regim MK Atatuk pada tahun 1934 mengubah Aya Sophia kepada muzium menyalahi fungsi asal Aya Sophia sebagai masjid 500 tahun sebelum itu (1453).

Sebab tu tidak pelik keputusan mahkamah tinggi Turki semalam dibuat atas alasan antaranya Aya Sophia telah didaftarkan secara bertulis atas nama masjid.

Ia bukan langkah untuk menimbulkan sengketa agama. Sejarah membuktikan ketika al-Fateh mengubah Aya Sophia daripada gereja kepada masjid, ciri-ciri dan lambang agama Kristian tetap dikekalkan sebagai tanda toleransi luar biasa.

Bahkan Erdogan turut menekankan semasa pengumuman semalam, pintu Aya Sophia tetap akan dibuka luas kepada penduduk tempatan serta warga asing, Muslim dan bukan Muslim.

Maka penganut muslim boleh hadir atas nama masjid. Penganut bukan Islam boleh hadir atas nama melancong, bahkan ianya adalah percuma!

Jika ditinjau sejarah bumi Sepanyol hari ni, masjid Cordoba yang pernah menjadi saksi mengabdi kepada Islam selama lebih 450 tahun pada era dinasti Umaiyah di sana telah diubah menjadi gereja pada abad ke-13.

Namun tiada siapapun (pihak barat) yang mempersoalkan bagaimana perasaan dunia Islam ketika itu. Tiba-tiba hari ini ingin menjadi hero?

MUAZ MOHD NOOR, 
Pensyarah, 
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),
UiTM Melaka.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *