home Semasa Bagaimana nak seimbangkan antara hobi dan dakwah?

Bagaimana nak seimbangkan antara hobi dan dakwah?

 

1. CARILAH hobi yang halal. Dan jika ingin jadi daie, jauhilah dari hobi yang tidak bermanfaat walaupun halal.

Contoh yang saya beri tadi hobi bermain e-game. Saya tidak nampak sangat manfaatnya. Mungkin ada, tapi mungkin generasi saya yang agak kurang kabur untuk melihatnya.

2. Hobi mesti diletakkan objektif dakwah.

Jika hobinya bermain permainan tertentu, sekurang-kurangnya untuk kesihatan diri agar kuat menanggung beban dakwah.

Atas lagi dari itu, boleh sampai kepada ikon muslim dalam sukan tertentu seperti Muhammad Ali dalam tinju, Mokhtar Dahari dan Solah dalam bolasepak, Misbun dalam badminton dan Khabib dalam seni bela diri campuran. Boleh menjadi ikon ikutan orang muda ke arah melahirkan kecemerlangan buat umat di mata dunia.

Boleh diletakkan objektif mengumpul orang muda ke arah aktiviti sihat sebagai mukadimah untuk mendidik mereka. Dan pelbagai objektif lain lagi yang boleh difikirkan.

3. Hobi bila diletakkan objektif dakwah, biasanya akan jadi beban sebab objektif dakwah itu sendiri beban. Jika jujur ingin selarikan antara hobi dan dakwah, maka kita perlu mujahadah yang tinggi. Tidak ramai peminat futsal boleh disiplin berlatih mengikut jadual jika ingin mencapai objektif dakwah seperti mengumpul orang muda dan sebagainya. Begitulah juga dengan sukan yang lain.

4. Melayan hobi jangan sampai meninggalkan atau mencuaikan tanggungjawab lain terutamanya dakwah. Tujuan bersukan contohnya adalah agar kita sihat dan kuat untuk dakwah. Tapi kalau kuat bersukan sampai takda keupayaan membuka mata ketika mesyuarat dakwah, apa guna sukan itu kepada dakwah? Apatah lagi jika melayan hobi bersukan sampai meninggalkan program-program dakwah kerana memenuhi tuntutan jadual hobi tersebut.

5. Kejujuran itu penting. Hanya Allah dan kita sahaja yang tahu apa tujuan kita melayan hobi kita.

Ust Muhammad Fauzi Asmuni

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *