home Semasa Cari duit untuk ibadah atau cari duit itu sendiri ibadah?

Cari duit untuk ibadah atau cari duit itu sendiri ibadah?

 

(1) CARI duit untuk ibadah atau
(2) Cari duit itu sendiri adalah ibadah?

Yang (1), bila dapat duit, dia guna duit untuk ibadah (hampirkan diri kepada Allah dengan amal fardi, buat kebajikan kepada manusia, buat kerja dakwah, amat makruf nahi mungkar, bantu pejuang agama dan lain-lain).

Yang (2), duit itulah matlamatnya. Pahalanya dikumpul dari usahanya mengumpulkan duit. Lalu dia berusaha seupaya mungkin untuk mencari duit kerana usahanya itu adalah ibadahnya.

Yang (1), usahanya mencari duit dirancang untuk berhenti iaitu apabila ruang untuknya beribadah terbuka luas tanpa halangan duit.

Yang (2), dia akan mencari duit sampai mati tanpa rancang untuk berhenti sebab mencari duit itu adalah ibadahnya sampai mati.

Yang (1), rezekinya akan dikongsi ramai orang kerana dia mencari duit untuk bakti kepada manusia.

Yang (2), rezekinya bertukar bentuk kepada hanya alatan kesenangan diri sendiri.

Yang mana satukah konsep mencari duit yang betul? Siapa rajin rujuklah kitab al-Kasb karangan Imam Muhammad as-Syaibani.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *