home Semasa Covid-19: Umat Islam di Jakarta digalak solat Aidiladha di rumah

Covid-19: Umat Islam di Jakarta digalak solat Aidiladha di rumah

 

JAKARTA – Pentadbiran Jakarta meminta semua umat Islam yang tinggal di zon merah di ibu negara Indonesia itu untuk mengelakkan solat berjemaah Aidiladha yang dijangka disambut pada 31 Julai bagi mencegah penyebaran koronavirus (Covid-19).

Saranan itu mengukuhkan lagi kenyataan sebelum ini daripada Kementerian Hal Ehwal Agama dan kumpulan Muslim Muhammadiyah yang menguatkuasakan sekatan tersebut di peringkat kebangsaan.

Biro Pendidikan Mental dan Spiritual (Dikmental) memberi amaran virus boleh tersebar secara meluas sekiranya jemaah mengabaikan saranan itu kerana mereka berpotensi untuk menjadi kontak rapat dengan pembawa virus.”Bagi penduduk di zon merah, sila solat di rumah bersama keluarga masing-masing. Ini adalah untuk kesihatan dan keselamatan bersama,” kata Ketua Dikmental, Hendra Hidayat seperti dilaporkan kompas.com semalam.

Berdasarkan laman web bandar raya terbabit untuk Covid-19, pada Khamis lalu, sebanyak 33 unit komuniti (RW) di Jakarta telah dikategorikan sebagai zon merah, peningkatan daripada 30 RW yang direkodkan sebelumnya.

Zon merah ditentukan berdasarkan kadar jangkitan dan menurut Hendra, 33 RW di Jakarta telah dimasukkan ke Kawasan Kawalan Ketat (WPK).

33 RW itu melibatkan 26 mukim di enam wilayah pentadbiran di Jakarta.

Sementara itu, individu yang ingin menunaikan solat jemaah diminta memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri.

Kanak-kanak dan orang tua yang berisiko tinggi mendapat jangkitan dilarang solat jemaah. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *