home Semasa Imam Besar Al-Azhar ucap tahniah kepada Zulkifli

Imam Besar Al-Azhar ucap tahniah kepada Zulkifli

 

IMAM Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayeb mengutus surat ucapan tahniah kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam satu hantaran di Facebook menerusi akaun rasmi berbahasa Arab miliknya, Zulkifli berkata, surat yang diterima pada petang Sabtu itu turut mengandungi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada beliau dan rakyat Malaysia.

“Ketibaan surat agak lewat kemungkinan disebabkan terpaksa melalui beberapa prosedur rasmi,” katanya dalam ruangan komen pada hantaran yang sama apabila warganet bertanya mengenai ucapan Aidilfitri berkenaan.

Menurutnya, Sheikh Tayeb yang juga Ketua Majlis Ulama kanan Al-Azhar berharap dengan pelantikan beliau itu, hubungan Malaysia dan Republik Arab Mesir khususnya Universiti Al-Azhar Al-Sharif akan terus kukuh dan memberi manfaat besar kepada ummah.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Mac lalu.- My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *