home Semasa Ini 11 garis panduan, SOP untuk umat Islam diwujudkan sepanjang PKP

Ini 11 garis panduan, SOP untuk umat Islam diwujudkan sepanjang PKP

 

KUALA LUMPUR: Sejumlah 11 garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan itu adalah hasil Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang telah berlangsung tujuh kali semasa PKP lalu.

Garis panduan dan SOP yang dikeluarkan adalah:

a) Kaedah Pelaksanaan Ibadah Dalam Bulan Ramadhan Semasa Tempoh PKP.

b) Garis Panduan Kedudukan Saf Solat Ketika PKP.

c) Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban Semasa Tempoh PKP/PKPB.

d) Garis Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah Dalam Tempoh PKPB COVID-19.

e) Tip Menghadapi COVID-19: Panduan Menurut Perspektif Islam.

f) Garis Panduan Solat Musafir Dalam Tempoh PKP/PKPB COVID-19.

g) Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Dalam Bulan Ramadhan Sepanjang Tempoh PKP/PKPB COVID-19.

h) Panduan Hukum Ujian Saringan Dan Prosedur Rawatan Pesakit COVID-19 Dalam Bulan Ramadhan.

i) Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dalam Tempoh PKP COVID-19.

j) Garis Panduan Pelaksanaan Perkahwinan Orang Islam Secara Atas Talian Dalam Tempoh Tempoh PKP/PKPB COVID-19.

k) Garis Panduan Solat Jumaat, Solat Jemaah Dan Solat Jenazah (Bukan COVID-19) Dalam Tempoh PKP/PKPB COVID-19.

Memaklumkan perkara tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Zulkifli berkata Jakim dan agensi-agensi agama peringkat Persekutuan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelasnya lagi, beberapa isu utama telah dibincangkan oleh MKI termasuk pelaksanaan solat jemaah serta solat Jumaat di masjid dan surau, pernikahan secara atas talian, ibadah dalam bulan puasa dan kaedah berpuasa pesakit COVID-19, pembayaran zakat, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan pelaksanaan ibadah haji dan korban.- Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *