home Semasa ‘Jangan beri maklumat palsu’ – JHEAINS

‘Jangan beri maklumat palsu’ – JHEAINS

 

SEREMBAN: Umat Islam yang mendaftar nama untuk menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di mana-mana masjid serta surau di Negeri Sembilan, diminta memberikan nama atau maklumat sebenar diperlukan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli, berkata mereka perlu memberikan maklumat yang benar untuk membolehkan tindakan dapat diambil sekiranya berlaku sesuatu kejadian membabitkan kes COVID-19.

“Maklumat itu penting untuk memudahkan tindakan diambil sekiranya, terdapat kes kecemasan berkaitan COVID-19 di tempat berkenaan dan ini akan memudahkan pihak pengurusan masjid serta surau untuk menghubungi individu berkaitan,” katanya dalam kenyataan di laman web rasmi JHEAINS, di sini, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, jawatankuasa masjid dan surau sudah menyediakan petugas khas untuk memastikan urusan pendaftaran terutama bagi solat Jumaat, dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

Beliau berkata, setiap individu umat Islam yang hadir ke masjid dan surau perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan garis panduan yang dikeluarkan JHEAINS sebelum ini.

“Kita mengharapkan perkara ini dapat diberikan perhatian serius oleh semua pihak untuk memastikan kita dapat menangani penularan pandemik COVID-19 dengan berkesan,” katanya.

Selain mendaftar secara dalam talian, umat Islam juga boleh mendaftar secara manual di mana-mana masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan terdapat petugas yang mengendalikan urusan berkenaan termasuk mengambil suhu badan individu sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam masjid.- Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *