home Semasa Mereka yang malas berzikir

Mereka yang malas berzikir

 

1. Al-IMAM Ibn al-Qayyim menempelak kumpulan manusia yang berat lidahnya untuk berzikir menyebut dan mengingati Allah. Malah beliau menyifatkan sifat sedemikian sebagai hukuman yang Allah tentukan ke atas mereka. Kata Ibn al-Qayyim:

أشد عقوبة في الدنيا أن يمسك الله لسانك عن ذكره

“Seberat-berat hukuman yang dikenakan di dunia adalah Allah menghentikan lisan kamu dari mengingatinya.”

2. Malah, lisan yang berat menyebut zikir kepada Allah ini diumpamakan seperti lidah mereka telah diikat oleh syaitan. Kata Ibn al-Qayyim:

أول قيود الشيطان على الإنسان تقييد اللسان عن الذكر

“Ikatan yang terawal yang dilakukan oleh syaitan ke atas manusia adalah dengan mengingat lisan (lidah) mereka daripada berzikir kepada Allah.

3. Ibn al-Qayyim lantas mengingatkan perkara ini seakan sepertimana yang disebutkan dalam al-Quran. Firman Allah:

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah.” (Surah al-Mujadalah: 19)

4. Dalam senggang masa yang ada, ucapkanlah zikir yang mudah agar kita tidak tergolong dalam golongan seperti ini. Sebaik-baik zikir adalah mengucapkan syahadah, iaitu sentiasalah mengucapkan penyaksian kita. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ الذِّكْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

“Sebaik-baik zikir adalah mengucapkan Lailaha illalah, dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *