home Semasa Rejim Zionis terus bertindak biadab musnah tanah keluarga Palestin

Rejim Zionis terus bertindak biadab musnah tanah keluarga Palestin

 

BAITULMAQDIS – Tentera pengganas Israel melancarkan serangan di perkampungan Beit Iksa, barat laut Baitulmaqdis yang diduduki, untuk memusnahkan tanah milik keluarga Palestin, lapor agensi berita Wafa.

Saksi tempatan memberitahu, pasukan rejim menggunakan jentolak bagi memusnahkan sebidang tanah milik keluarga Hamayel.

Rejim pengganas didakwa mengawal pintu masuk ke kampung dan mengambil alih bumbung beberapa kediaman dengan menjadikannya sebagai pos tentera sebelum merobohkan tanah.

Pasukan penjajah turut mengenakan sekatan yang ketat kepada penduduk kampung kerana akses ke Beit Iksa hanya melalui satu pintu masuk – yang dijadikan pusat pemeriksaan ketenteraan Israel.

Selama bertahun-tahun, rakyat Palestin terus diganggu penduduk haram – rejim merampas tanah untuk dibina penempatan haram Ramot. 

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel, Kerem Navot, hampir 47 peratus daripada tanah yang diambil daripada Palestin, kini digunakan untuk perumahan dan pembinaan jalan raya.

Laporan itu menyatakan, pada mulanya tanah berkenaan dijadikan sebagai infrastruktur ketenteraan, tetapi kemudiannya diserahkan kepada pemaju.  

Sehingga kini, kira-kira 500,000 dan 600,000 penjajah Israel tinggal di lebih 230 penempatan haram yang dibina sejak 1967 di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Palestin menganggarkan rancangan pengilhakkan Israel akan merangkumi lebih dari 30 peratus Tebing Barat. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *