home Semasa Saya mahu lihat Terengganu jadi ‘kilang’ melahirkan ramai ulama: Menteri Agama

Saya mahu lihat Terengganu jadi ‘kilang’ melahirkan ramai ulama: Menteri Agama

 

SAYA mahu lihat Terengganu negeri kelahiran saya ini menjadi ‘kilang” melahirkan ramai ulama”. Itu antara amanat penting yang disampaikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada sekitar 500 orang imam, bilal, guru Takmir dan juga guru-guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) Terengganu yang hadir dalam Seminar Murabbi Ummah peringkat negeri Terengganu anjuran Jakim dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pada 18 Julai 2020 baru-baru ini.

Kata beliau lagi, “saya amat memandang tinggi ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru yang ada di hadapan saya ini kerana andalah yang sebenar-benarnya menjadi penggerak perubahan dan mendidik masyarakat menjadi generasi berilmu. Kerana itu sebelum kita ingin mendidik masyarakat hendaklah terlebih dahulu diri kita sendiri dilengkapi dengan ilmu yang mantap, barulah program-program yang kita rancang dan laksanakan dapat memberi kesan kepada masyarakat.”

“Sebab itu kalau boleh saya ingin lihat juga pada masa saya menjadi Menteri Hal Ehwal Agama ini, program surau dan masjidnya paling banyak, dan orang yang datang ke masjid pun paling ramai disebabkan pelbagai aktiviti dan program yang kita anjurkan,” tegas YB Senator lagi.

Dalam program tersebut YB Senator turut menyempurnakan simbolik penyaluran peruntukan kerajaan persekutuan keseluruhan berjumlah lebih RM 62.3 juta kepada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada imam,bilal, guru takmir dan guru KAFA seluruh negeri Terengganu. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 17,290,000.00 ialah imbuhan imam, elaun guru takmir dan bayaran khas “one-off” RM 500.00 kepada imam, bilal (muazzin) serta guru takmir. Sementara itu sebanyak RM 45,077,104.80 ialah peruntukan elaun bagi guru KAFA Negeri Terengganu bagi tahun 2020 – JAKIM

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *