home Semasa 78 maut, ribuan cedera dalam letupan besar di Beirut

78 maut, ribuan cedera dalam letupan besar di Beirut

 

BEIRUT – Sebanyak dua letupan dilaporkan berlaku di pelabuhan ibu kota Lubnan, Beirut hingga menyebabkan gelombang letupan besar di seluruh bandar, membunuh sekurang-kurangnya 78 orang dan mencederakan kira-kira 4,000 yang lain.

The Guardian melaporkan, skala kerosakan yang disebabkan oleh letupan itu sangat besar, dengan bangunan yang terletak beberapa batu daripada lokasi letupan pelabuhan turut hancur.  

Malah, letupan turut dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Letupan itu berlaku pada waktu sukar Lubnan, yang berada di ambang keruntuhan kewangan.

Sementara hospital pula, yang kini berhadapan dengan krisis coronavirus, dipenuhi mangsa-mangsa letupan dan mereka memerlukan bekalan darah serta generator untuk memastikan bekalan elektrik ada.

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengatakan, penyebab letupan itu ialah 2,750 tan ammonia nitrat yang disimpan di gudang pelabuhan Beirut.

“Tidak dapat diterima bahawa 2,750 tan ammonia nitrat telah berada selama enam tahun di gudang, tanpa mengambil langkah pencegahan.

“Ini tidak dapat diterima dan kami tidak boleh berdiam diri dalam masalah ini,” katanya dalam mesyuarat Dewan Pertahanan.

Sementara itu, pegawai menjangkakan jumlah kematian akan meningkat lebih tinggi selepas pasukan keselamatan menggali kawasan sekitar untuk menyelamatkan serta mengeluarkan mangsa yang terkorban.

Presiden Michel Aoun meminta mesyuarat Kabinet darurat diadakan hari ini dan mengatakan keadaan darurat dua minggu harus diisytiharkan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *