home Semasa Darurat dua minggu diisytihar di Beirut susulan letupan

Darurat dua minggu diisytihar di Beirut susulan letupan

 

BEIRUT: Presiden Lubnan, Michel Aoun memanggil Kabinet untuk mengadakan mesyuarat tergempar susulan letupan yang mengorbankan lebih 70 nyawa.

Aoun berkata mesyuarat yang diadakan itu bagi mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu.

“Seluruh negara juga diminta berkabung bagi mengenang mangsa dalam letupan tersebut.

“Dalam masa sama, kerajaan meluluskan sejumlah AS$65 juta daripada peruntukan belanjawan tahun ini sebagai bantuan kecemasan,” katanya yang dipetik laporan AP pada Rabu.

Dalam pada itu, Aoun turut mempersoalkan tindakan gudang bunga api yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan yang didakwa menjadi punca letupan itu.

Beliau turut berikrar akan mengambil tindakan keras terhadap pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan letupan berkenaan.

“Kilang berkenanaan telah diberi amaran sejak 2014 selepas didakwa melanggar peraturan berkaitan pengurusan keselamatan,” ujarnya. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *