home Semasa Indahnya solat Aidildha pertama di Masjid Hagia Sophia

Indahnya solat Aidildha pertama di Masjid Hagia Sophia

 

ANKARA – Ribuan umat Islam di Turki mengambil peluang untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Hagia Sophia secara berjemaah buat pertama kalinya semalam – selepas 86 tahun.

Solat sunat hari raya korban itu diketuai oleh Pengarah Hal Ehwal Agama, Ali Erbas.

Pelaksanaan solat dilakukan sesuai dengan penjarakan fizikal dan garis panduan bagi membendung pencegahan COVID-19.

Speaker Parlimen, Mustafa Şentop, Menteri Perhubungan dan Infrastruktur Ali Karaismailoğlu dan Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya turut menunaikan solat sunat Aidiladha di Hagia Sophia.

Hagia Sophia berfungsi sebagai gereja selama 916 tahun sehingga penaklukan Istanbul, dan sebuah masjid dari tahun 1453 hingga 1934 – hampir 500 tahun – dan terakhir sebagai muzium selama 86 tahun.

Salah satu bangunan bersejarah di Turki paling banyak dikunjungi pelancong tempatan dan antarbangsa, pada 1985, semasa dijadikan muzium, Hagia Sophia dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Pada 10 Julai, sebuah mahkamah Turki membatalkan keputusan Kabinet 1934 yang menjadikan Hagia Sophia sebagai muzium, membuka jalan untuk ia digunakan kembali sebagai masjid selepas 86 tahun.

Di era baru Hagia Sophia, Pengarah Hal Ehwal Agama Turki akan memantau perkhidmatan keagamaan di masjid, sementara Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pula mengawasi kerja-kerja pemulihan serta pemuliharaan. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *