home Semasa Israel sekat semua import komoditi ke Gaza kecuali makanan, ubat

Israel sekat semua import komoditi ke Gaza kecuali makanan, ubat

 

GAZA – Negara penjajah Israel melarang semua import ke Semenanjung Gaza, kecuali makanan dan perubatan, kata seorang pegawai Palestin.

Pegawai yang enggan namanya didedahkan berkata, negara haram itu menyekat semua komoditi barang masuk ke Gaza, kecuali makanan dan ubat-ubatan.

“Semua perusahaan di sektor swasta telah diberitahu mengenai tindakan Israel itu,” katanya kepada Agensi Anadolu, semalam. 

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada rejim Israel mengenai laporan itu. 

Terdahulu, Israel menyekat bahan bakar ke Gaza sejak minggu lalu, sebagai membalas tindakan serangan belon api dari wilayah semenanjung itu.

Bukan hanya mengenakan tindakan itu, rejim berkenaan turut melancarkan serangan bom ke atas Gaza lebih 7 hari berturut-turut. 

Sejak 2007, Semenanjung Gaza berada di bawah pengepungan Israel yang telah melumpuhkan sekitar dua juta penduduknya daripada banyak komoditi penting, termasuk makanan, bahan bakar dan ubat-ubatan.-  Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *