home Semasa Israel serang Gaza lagi, 3 hari berturut-turut

Israel serang Gaza lagi, 3 hari berturut-turut

 

GAZA  – Tentera pengganas Israel mendakwa pesawat tempurnya menyerang Gaza, awal pagi tadi.

Rejim Zionis dalam satu kenyataan mendakwa, sebuah terowong – yang disyaki milik pejuang Hamas – dan sistem pertahanan negara telah dilanggar di Gaza. 

Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan belon bahan bakar yang dilancarkan oleh Palestin. 

Tiada sebarang maklumat diberikan terhadap jumlah korban atau kecederaan. 

Serangan awal pagi ini, adalah hari ketiga berturut-turut dilancarkan tentera Israel ke atas Gaza. 

Sebelum ini, aktivis Palestin melepaskan layang-layang dan belon yang mempunyai bahan bakar ke wilayah Israel sebagai protes terhadap pendudukan di sepanjang sempadan Gaza.

Belon berkenaan didakwa menyebabkan kebakaran di 60 lokasi di sekitar penempatan Israel.

Semenanjung Gaza berada di bawah kepungan Israel – melalui udara, darat dan laut – sejak 2007 telah melumpuhkan wilayah diperintah Hamas itu. 

Gaza mempunyai tujuh laluan sempadan yang menghubungkannya dengan dunia luar, di mana enam daripadanya dikendalikan rejim Israel, sementara persimpangan Rafah, dikawal oleh Mesir. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *