home Semasa Kes meningkat, Libya umum perintah berkurung 4 hari

Kes meningkat, Libya umum perintah berkurung 4 hari

 

TRIPOLI – Libya mengumumkan perintah berkurung selama empat hari di ibu negaranya, Tripoli susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19, lapor Anadolu.

Kerajaan Libya dalam kenyataan berkata, perintah itu sekali gus menguatkuasakan larangan mengadakan perhimpunan besar-besaran dan semua perayaan agama dalam tempoh berkenaan. 

Pasar raya dan premis perniagaan juga diarahkan tutup, sementara mewajibkan amalan penjarakan sosial dipatuhi sebagai langkah pencegahan. 

Sementara itu, perintah berkurung separa bermula dari jam 9 malam hingga 6 pagi waktu tempatan akan dikuatkusakan juga setelah perintah berkurung sepenuhnya. 

Bagaimanapun, kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu sebagai hari wajib untuk perintah berkurung sepenuhnya dikuatkuasakan. 

Setakat ini, Libya mengesahkan 11,834 kes jangkitan, termasuk 210 kematian dan 1,152 yang lain dilaporkan pulih sepenuhnya. 

Sistem kesihatan negara Afrika Utara itu terjejas teruk setelah hampir satu dekad berdepan perang saudara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *