home Semasa Khalifah Umar melindungi hak pengadu

Khalifah Umar melindungi hak pengadu

1. MENURUT Dr Ali al-Salabi, Khalifah Umar Abdul Aziz dikatakan pernah menulis iklan kepada rakyat bahawa barangsiapa yang datang menceritakan kezaliman atau kesusahan yang berlaku di sisi rakyat, maka dia akan diberikan ganjaran kerana memberikan maklumat tentang kesukaran yang dihadapi oleh rakyat.

2. Perhatikan bagaimana Umar Abdul Aziz membuka ruang komunikasi antara rakyat dengan pemerintah. Perkara ini dinukilkan dalam suratnya yang menyebutkan:

فأيما رجل قدم إلينا في رد مظلمة أو أمر يصلح الله به خاصاً أو عاماً من أمر الدين، فله ما بين مائة دينار إلى ثلاثمائة بقدر ما يرى الحسبة

“Dan mana-mana lelaki yang tampil kepada kami mendedahkan tentang kezaliman (yang berlaku) atau perkara yang perlu diislah (diperbaiki) tidak kira samada perkara khusus atau umum tentang urusan agama ini, maka dia akan diberikan anugerah 100 dinar ke 300 dinar bergantung kepada apa yang difikirkan munasabah oleh Jabatan Hisbah. (Dr. Ali al-Salabi, al-Khalifah al-Rasyid wa al-Muslih al-Kabir Umar Abdul Aziz, 2009)

3. Inilah sikap keadilan yang cuba dibawa oleh Khalifah Umar Abdul Aziz suatu ketika dahulu. Beliau bersikap terbuka dalam mendengar aduan rakyat bahkan membuka ruang aduan untuk rakyat menyuarakan kezaliman yang berlaku.

4. Tahniah diucapkan kepada pihak Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador yang sudi menerima lawatan Abang Burger semalam dalam menangani isu yang tular baru-baru ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *