home Semasa Konvoi sambil berdakwah

Konvoi sambil berdakwah

 

KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengadakan Konvoi Semarak Dakwah sempena sambutan Hari Kemerdekaan bagi mendekati golongan berisiko khususnya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), penduduk Orang Asli, anak muda dan gelandangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata program itu bukan sahaja bertujuan menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan, tetapi membolehkan pendekatan dakwah secara berhikmah sampai kepada khalayak yang disasarkan.

Beliau berkata, konvoi itu akan menjelajah tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang dengan acara kemuncaknya diadakan pada 30 Ogos ini.

“Melalui acara berkonvoi dengan motosikal itu dapat menzahirkan bahawa agensi berkaitan Islam seperti YADIM juga boleh memainkan peranan besar dalam menyampaikan dakwah yang diharapkan berkesan khususnya kepada generasi muda.

“Ia bagi memeriahkan dakwah penuh berakhlak, berhikmah, teratur, tertib dan secara santai dengan turut mengambi kira sambutan kemerdekaan yang sedang diraikan sekarang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Semarak Dakwah Sempena Bulan Kemerdekaan 2020 di Kompleks Pusat Islam, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Ahmad Marzuk Shaary dan Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hasan.

Pada majlis itu, Zulkifli turut melepaskan lebih 20 peserta konvoi motosikal dalam kalangan sukarelawan YADIM bagi acara Semarak Dakwah sempena Hari Kemerdekaan Ke-63 yang menjelajah ke Kampung Orang Asli di Jelebu, Negeri Sembilan dan Bentong, Pahang.

Katanya, antara pengisian sempena program itu termasuk street dakwah, sesi kaunseling, santai anak muda, majlis ilmu, tahsin al-Quran, ziarah prihatin, tahsian ibadah, bina insan dan kegiatan hiburan Islam.

Melalui penganjuran aktiviti dakwah sebegini, beliau berkata, YADIM turut berharap dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada golongan memerlukan (dhuafa) mengenai kemudaratan budaya maksiat dan kemungkaran kepada diri mereka dan anggota masyarakat. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *