home Semasa Lancar projektil, Lubnan adu serangan Israel ke UNSC

Lancar projektil, Lubnan adu serangan Israel ke UNSC

 

BEIRUT – Lubnan akan mengadu kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai cubaan Israel untuk menyerangnya, baru-baru ini yang menyaksikan rejim pengganas berkenaan melancarkan puluhan projektil di sempadan negara itu.

Majlis Pertahanan Tertinggi Lubnan mengumumkan rancangan itu dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Presidennya, Michel Aoun, semalam, lapor Badan Berita Nasional (NNA).

Pada awal Rabu, Saluran 12 Israel mengatakan bahawa rejimnya telah menembak lebih daripada 30 projektil ke Lubnan.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas Lubnan menolak cadangan Israel untuk melakukan perubahan ke atas pasukan pengaman PBB yang mengawal sempadan menjelang undian UNSC untuk memperbaharui mandatnya.

Walau bagaimanapun, rangkaian televisyen al-Manar Lubnan menggambarkan projektil itu sebagai tembakan fosforus dan mengenal pasti kawasan yang disasarkan sebagai bandar Houla dan Mays al-Jabal di selatan Lubnan.

Media Israel pada awalnya mengatakan tembakan itu terjadi di tengah-tengah kebimbangan kemungkinan penyusupan oleh Lubnan berhampiran Kibbutz di wilayah Galilee Atas, yang terletak berhampiran sempadan Lubnan dan wilayah Syria yang dikuasai Israel di Dataran Tinggi Golan.

Namun, baik tentera Lubnan mahupun Hezbollah, menafikan melakukan operasi yang didakwa rejim Israel tersebut di wilayah jajahan. 

Secara teknikalnya, perang di antara Israel-Lubnan masih belum berakhir, justeru Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) ditugaskan memantau gencatan senjata membabitkan kedua-dua negara itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *