home Semasa Letupan Beirut: Gabenor anggar kerugian lebih AS$5 bilion

Letupan Beirut: Gabenor anggar kerugian lebih AS$5 bilion

 

BEIRUT – Gabenor Beirut, Marwan Abboud berkata, masih terlalu awal untuk menentukan jumlah kerosakan disebabkan letupan dahsyat di Lubnan – sehingga mengorbankan 135 orang dan menyebabkan ratusan ribu yang lain hilang tempat tinggal.

Beliau bagaimanapun menganggarkan kerugian sekitar AS$3 bilion hingga AS$5 bilion – kerana satu pelabuhan menelan belanja sekurang-kurangnya AS$3 bilion.

“Masih terlalu awal kerana setiap saat kita melihat semakin banyak perkara yang musnah. Tetapi anggaran kasar akan lebih dari AS$5 bilion,” kata Abboud kepada Al Arabiya English.

Letupan di Pelabuhan Beirut memusnahkan seluruh kawasan sekitar bandar dan mencederakan lebih daripada 5,000 penduduk.

Pada awal hari ini, Abboud memberitahu LBCI bahawa antara 250,000 dan 300,000 orang kini tidak mempunyai rumah kerana kediaman mereka musnah teruk. 

Jurutera dan pasukan teknikal belum melakukan penilaian rasmi, katanya, sambil menambah bahawa kerosakan akibat letupan di kawasan pelabuhan lebih daripada separuh bandar.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Hamad Hassan berkata, senarai bantuan yang diperlukan telah disusun dan dihantar ke beberapa negara.  

Negara-negara di seluruh dunia mengatakan bahawa mereka bersedia untuk membantu Lubnan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *