home Semasa Sambutan Maal Hijrah dengan norma baharu

Sambutan Maal Hijrah dengan norma baharu

 

NILAI: Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M akan berlangsung 20 Ogos ini seperti ditetapkan dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri, berkata pihaknya sudah berbincang dengan kerajaan mengenai majlis itu.

“Kita cuba teruskan sambutan Maal Hijrah tahun ini tetapi dengan SOP ditentukan KKM dan MKN. Caranya mungkin kita akan hadkan peserta dengan jumlah amat minimum dan masa terhad kerana kita mahu syiar Majlis Maal Hijrah ini diteruskan.

“Walaupun berskala kecil, ia memberi makna besar kepada ummah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pengurusan Hal Ehwal Islam Di Malaysia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor USIM, Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

Zulkifli berkata, penganjuran majlis itu bagaimanapun akan bergantung kepada nasihat KKM dan MKN.

“Beberapa acara biasa dibuat seperti penganugerahan Tokoh Maal Hijrah akan dijalankan,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *