home Semasa Tiada kes COVID-19 babitkan jemaah haji

Tiada kes COVID-19 babitkan jemaah haji

 

RIYADH – Arab Saudi mencatatkan 12 lagi kematian, sekali gus menjadikan angka kematian harian akibat COVID-19 di negara itu makin menurun.

Pada masa sama, jumlah kes baharu yang diumumkan Kementerian Kesihatan juga berkurangan, dengan 1,573 jangkitan dalam tempoh 24 jam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 102 kes baharu direkodkan di Riyadh, 89 di Makkah, 72 lagi di Dammam, diikuti 55 kes di Madinah.

Selain itu, jumlah kes pulih turut meningkat menjadi 237,548 orang termasuk 1,890 kes pulih baharu. Manakala, 2,887 kematian dicatatkan di Arab Saudi.

Setakat ini, tiada laporan jangkitan COVID-19 membabitkan jemaah pada hari keempat umat Islam menunaikan haji.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Dr Muhammad Al-Abdali, mengesahkan tiada kes COVID-19 dalam kalangan jemaah haji. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *