home Semasa Zionis bertindak biadab hingga rumah dalam gua mahu diroboh

Zionis bertindak biadab hingga rumah dalam gua mahu diroboh

 

BAITULMAQDIS – Sikap tamak haloba rejim pengganas Israel tiada kesudahan apabila memaksa sebuah keluarga Palestin merobohkan kediaman mereka, yang dibina di dalam sebuah gua di Utara Tebing Barat yang diduduki.

Jurutera awam, Ahmed Amarneh, 30 mendirikan kediamannya di dalam sebuah gua di perkampungan Farasin hampir setahun lalu, dengan pembinaan pintu kayu terbuka sebagai laluan ke bilik-bilik.

Beliau menerima notis untuk merobohkan kediamannya dengan alasan kononnya beliau tidak mempunyai lesen pembinaan, yang sememangnya mustahil untuk dimiliki.

“Saya sudah mencuba dua kali untuk membina rumah, tetapi pihak berkuasa (Israel) melarang saya untuk membina di kawasan itu,” katanya.

Beliau menerima notis perobohan kediaman pada bulan lalu bersama-sama dengan 20 keluarga Palestin lain.

Menurut kumpulan anti-penyelesaian Israel B’Tselem, rejim Zionis pada Jun lalu merobohkan 63 struktur bangunan Palestin di Tebing Barat.

Lebih dari 600,00 penduduk Yahudi tinggal di lebih dari 230 penempatan haram yang dibina sejak penjajahan Israel pada 1967 di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis al-Quds.

Kesemua penempatan Israel adalah tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengutuk pendudukan Israel di wilayah jajahan dalam beberapa resolusi.

Rakyat Palestin menginginkan Tebing Barat sebagai sebahagian daripada negara Palestin yang merdeka pada masa hadapan dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *