home Semasa Zionis tutup Laut Gaza cetus kemarahan nelayan

Zionis tutup Laut Gaza cetus kemarahan nelayan

 

GAZA – Nelayan Palestin mengadakan tunjuk perasaan terhadap rejim pengganas Israel, semalam atas tindakan menutup seluruh Laut Gaza hingga menghalang mereka daripada bekerja.

Terdahulu, kapal perang Israel yang dikerahkan ke Laut Gaza mengejar kapal nelayan Palestin dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian besar-besaran. 

Oleh yang demikian, tunjuk perasaan diadakan bertujuan menyokong nelayan Gaza yang terjejas teruk akibat sekatan berkenaan, lapor Press TV.

Israel mengekalkan kehadiran angkatan laut di pesisir pantai Palestin yang miskin, sehingga memberi kesan buruk kepada kehidupan kira-kira 4,000 nelayan serta sekurang-kurangnya 1,500 pekerja terlibat dalam industri perikanan.  

Sejak beberapa tahun terakhir, pasukan pengganas Israel melakukan lebih daripada 100 serangan ke atas kapal Palestin, menangkap nelayan dan merampas kapal.

Di bawah Perjanjian Oslo yang ditandatangani pada tahun 1993, Israel diwajibkan untuk membenarkan penangkapan ikan sejauh 20 batu nautika, tetapi ia tidak pernah dilaksanakan.

Semenanjung Gaza berada di bawah pengepungan darat, udara dan laut Zionis sejak 2007, yang menyaksikan penurunan taraf hidup serta tahap pengangguran dan kemiskinan yang belum pernah terjadi sebelumnya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *