home Semasa China rancang bina 380 kem tahanan Uyghur: Penyelidik

China rancang bina 380 kem tahanan Uyghur: Penyelidik

 

BEIJING – China didakwa merancang untuk meluaskan rangkaian pusat tahanan etnik Uyghur di wilayah Xinjiang, menurut penyelidikan baharu dikeluarkan oleh badan pemikir Australia.

Institut Dasar Strategik Australia (ASPI) pada Khamis melaporkan, pihaknya telah mengenal pasti lebih dari 380 kem tahanan bakal di wilayah itu, bagi menempatkan lebih daripada sejuta etnik Uyghur.

“Dapatan kajian ini bertentangan dengan tuntutan pegawai China bahawa semua pelatih dari pusat latihan kemahiran vokasional (kem tahanan) telah lulus pada akhir tahun 2019.

“Sebaliknya, bukti yang ada menunjukkan bahawa ramai tahanan yang kononnya berdepan dengan dakwaan jenayah dikurung di tempat di mana kawalannya lebih ketat,“ tulis penyelidik utama, Nathan Ruser.

Para penyelidik menggunakan imej rakaman satelit, akaun saksi, laporan media dan dokumen tender pembinaan rasmi untuk mengklasifikasikan kemudahan kem tahanan menjadi empat tahap, bergantung kepada kewujudan ciri keselamatan seperti dinding perimeter tinggi, menara pengawal dan pagar dalaman.

Ia mendapati sekurang-kurangnya 61 kem tahanan sedang dalam pembinaan dan pembangunan hingga Julai 2020.

Sementara itu, 14 kem tahanan tahanan dalam pelbagai peringkat pembinaan, sementara 70 lagi telah dipagar atau tembok perimeternya dikeluarkan.

ASPI berkata, lebih 90 peratus bangunan itu turut mempunyai kemudahan keselamatan bawah tanah.

Data berkenaan turut diambil daripada sebahagian daripada Institut Projek Data Xinjiang, yang merangkumi bukan hanya berkaitan rangkaian kemudahan kem tahanan, malah ia turut menghasilkan model animasi tiga dimensi (3D). – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *