home Semasa Gaza dalam bahaya, dunia perlu bertindak

Gaza dalam bahaya, dunia perlu bertindak

 

GAZA – Jawatankuasa Antarabangsa Bagi Menyokong Gaza menggesa, masyarakat antarabangsa menyelamatkan wilayah berkenaan yang diceroboh serta dikepung negara penjajah Israel, selain diancam penularan COVID-19.

Ketua jawatankuasa, Essam Yousef turut meminta institusi amal yang mendukung rakyat Palestin supaya mempercepatkan kempen bantuan untuk sektor kesihatan di Gaza, selain menyalurkan makanan kepada keluarga miskin.

Dalam pada itu, Penyelaras khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Proses Damai Timur Tengah, Nickolay Mladenov prihatin terhadap jumlah keganasan yang semakin meningkat di Semenanjung Gaza.

“Keadaan keselamatan di Gaza dan sekitarnya merosot dengan cepat ketika Semenanjung Gaza menyaksikan peningkatan pantas dalam kes jangkitan coronavirus di kalangan penduduk,” katanya.

Kementerian Kesihatan pada hujung minggu mengumumkan, jumlah kes dijangkiti di sekitar Semenanjung Gaza sejak Mac lalu mencapai 192, termasuk tiga kematian dan 72 kes pulih.

Sepanjang tiga minggu lalu situasi keselamatan Gaza kekal tegang berikutan tindakan melancarkan belon api secara berterusan dari kawasan semenanjung.

Sebagai tindak balas, rejim Zionis membedil bom di beberapa bahagian wilayah itu.

Israel juga memutuskan untuk memperketatkan pengepungan dengan menyekat masuk bahan bakar serta bahan binaan ke Gaza, selain menutup laut dan melarang nelayan mengambil hasil laut. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *