home Semasa Hamas beri amaran miliki peluru berpandu, mampu serang Israel

Hamas beri amaran miliki peluru berpandu, mampu serang Israel

 

BEIRUT – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran kepada rejim pengganas Israel bahawa mereka mempunyai peluru berpandu yang mampu menyerang seluruh negara haram itu.

Ketuanya, Ismail Haniyeh membuat kenyataan itu ketika lawatannya ke Lubnan susulan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang dikuasai Hamas dalam beberapa minggu terakhir ini.

Ismail dan delegasi Hamas sebelum ini bertemu dengan pemimpin kumpulan Hizbullah, Hassan Nasrallah bagi membincangkan situasi di Timur Tengah dan hubungan normalisasi antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel baru-baru ini.

Pada masa sama, Ismail berkata, peluru berpandu Hamas hanya terletak di beberapa kilometer dari Gaza.

“Hari ini, pertarungan di Gaza dapat disertai dengan peluru berpandu yang dapat menyerang Tel Aviv dan di luar Tel Aviv,” katanya.

Hamas dan Israel telah bertempur dalam tiga peperangan dan beberapa pertempuran kecil sejak 13 tahun lalu.

Jumlah korban akibat peperangan kedua-dua belah pihak itu akan menimbulkan konflik lebih besar.

Dalam beberapa minggu terakhir, kumpulan yang disokong Hamas melancarkan belon api ke kawasan pertanian Israel – sebagai tekanan kepada negara haram itu untuk menghentikan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *