home Semasa Hanya 3 jam tempoh jemaah tunaikan umrah

Hanya 3 jam tempoh jemaah tunaikan umrah

 

MAKKAH– Hanya tiga jam tempoh diberikan kepada setiap jemaah bagi menunaikan umrah tahun ini, bermula dan berakhir di Makkah.

Menurut Arab News, fasa pertama penyambungan semula ibadah itu dijadualkan bermula pada 4 Oktober dan akan dikendalikan melalui aplikasi I’amarna. 

Pada fasa itu, seramai 6,000 jemaah dibenarkan menunaikan umrah setiap hari pada enam waktu berbeza, di mana setiap kumpulan seramai 1,000 jemaah diberikan tiga jam bagi menamatkan ibadah berkenaan. 

Seorang pelabur dalam syarikat umrah, Ahmed Bajaiffer berkata, pemerintah Arab Saudi telah memutuskan untuk menyambung semula perkhidmatan umrah setelah sekatan akibat wabak COVID-19 dilonggarkan.

Katanya, pemerintah percaya bahawa umat Islam tidak boleh berhenti menunaikan ibadah umrah dan haji, namun perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan. 

Fasa pertama ibadah umrah itu dimulakan dengan penduduk Arab Saudi dan ekspatriat di negara itu.

Fasa kedua pula akan meningkatkan kapasiti Masjidil Haram menjadi 75 peratus, yang merangkumi 15,000 dan 40,000 jemaah setiap hari mulai 18 Oktober. 

Pada fasa ketiga, jemaah dari luar negara diizinkan untuk menunaikan umrah mulai 1 November dengan kapasiti 20,000 dan 60,000 jemaah setiap hari. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *