home Semasa Jordan kecam Kosovo, Serbia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Jordan kecam Kosovo, Serbia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

 

AMMAN – Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan pada Isnin membantah keputusan Kosovo dan Serbia untuk memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis, menyifatkan ia sebagai “pelanggaran yang jelas” terhadap undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Daifallah Fayez berkata keputusan itu jelas mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Beliau berkata resolusi itu jelas menyatakan Baitulmaqdis Timur adalah wilayah yang diduduki menyaksikan undang-undang antarabangsa diguna pakai.

Pada masa sama Fayez memuji kedudukan Kesatuan Eropah (EU) yang jelas membantah memindahkan kedutaan dan misi diplomatik ke Baitulmaqdis. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *