home Semasa Rasulullah ﷺ benci hina rupa fizikal orang lain

Rasulullah ﷺ benci hina rupa fizikal orang lain

 

1. TELAH tersebar video seorang wanita mencerca dan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menghina tubuh wanita yang lain (body shaming). Sebarang perbuatan menyakiti manusia lain adalah ditegah dalam Islam.

2. Sebahagian sahabat pernah mentertawakan Saidina Abdullah bin Mas’ud kerana beliau memiliki betis yang sangat kurus. Rasulullah ﷺ menegur perbuatan tersebut dan berkata:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَهُمَا أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ أُحُدٍ

Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya, kedua betis beliau (yang kamu ejek itu) lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud (HR Ahmad)

3. Seorang sahabat pernah mencerca Saidina Bilal dengan menyebut kulit Bilal yang hitam. Tindakan sahabat ini ditegur oleh Rasulullah:

إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ

Sesungguhnya engkau memiliki sifat jahiliah! (kerana mengejek sahabatmu) (HR al-Bukhari). Melalui hadis ini, Rasulullah membayangkan bahawa perbuatan mencerca orang lain dengan menyebut kekurangan tubuh mereka bukanlah sifat seorang muslim bahkan sifat jahiliah.

4. Tindakan menyakiti orang lain dengan mulut kita adalah perkara yang ditegah oleh Rasulullah. Andai kita sedang marah, kawallah diri agar kita tidak mengucapkan perkataan yang akan kita kesali.

Semoga Allah membimbing kita. – Ismaweb

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *