home Semasa COVID-19: Enam sekolah agama di Manjung ditutup

COVID-19: Enam sekolah agama di Manjung ditutup

 

IPOH: Enam sekolah rendah agama (SRA) di Manjung ditutup tujuh hari bermula hari ini, susulan terdapat kes disyaki jangkitan COVID-19 di daerah itu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, berkata tiga daripada sekolah terbabit terletak di Lekir iaitu SRA Al-Hidayah Batu 7, SRA Ittifaqiah Batu 10 dan SRA Al-Khairiah Batu 14, SRA Annasriah, Sitiawan, SRA Arshadiah, Pasir Panjang serta SRA Abadiah Fasa 1C3 di Seri Manjung.

“Penutupan sehingga 20 Oktober itu turut membabitkan sebuah tadika, iaitu Tadika Islam Perak An-Nasriah di Sitiawan,” katanya ketika di sini, hari ini

Sebelum ini tular notis arahan penutupan daripada Pejabat Pentadbiran Agama Islam Manjung.

Berdasarkan notis itu, penangguhan sesi persekolahan semua premis terbabit bertujuan membolehkan proses sanitasi dan nyah kuman dijalankan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Edaran itu turut memaklumkan semua guru dan pelajar diarah untuk kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah sepanjang tempoh penangguhan persekolahan, selain melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, jumlah kes semasa jangkitan COVID-19 di Perak ialah 48 kes dengan 16 kes baharu dilaporkan semalam membabitkan 15 tahanan lelaki dan seorang kakitangan di pusat tahanan, daerah Larut Matang Selama. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *