home Semasa Erdogan gesa rakyat Turki boikot produk Perancis

Erdogan gesa rakyat Turki boikot produk Perancis

 

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak membeli barangan atau produk yang dikeluarkan dari Perancis.

Erdogan dalam ucapannya semalam meminta semua rakyat Turki supaya memboikot semua produk dari negara berkenaan – kerana mencetuskan Islamophobia. 

“Saya menggesa rakyat negara ini. Jangan sekali-kali memberi kredit kepada barang yang berlabel Perancis, jangan membelinya,” tegas Erdogan. 

Terdahulu, umat Islam mengugut untuk memboikot Presiden Perancis, Emmanuel Macron atas ucapannya awal bulan lalu, yang menuduh agama Islam berada dalam krisis di seluruh dunia.

Umat Islam turut marah dengan tindakan Perancis yang memberikan penghormatan tertinggi kepada guru, mendiang Samuel Paty yang dipenggal kepalanya setelah menunjukkan beberapa lukisan kartun Nabi Muhammad ﷺ kepada murid di kelasnya, untuk melakukan perbincangan atas dasar hak kebebasan bersuara.

Macron sebaliknya mempertahankan tindakan guru tersebut dan memberi anugerah khas Légion d’honneur dalam satu majlis yang diadakan pada 21 Oktober lalu di Universiti Sorbonne dan menganggapnya sebagai ‘hero’. 

Selain itu, Macron turut menyifatkan pembunuhan itu sebagai ‘serangan pengganas Islam’ yang meragut nyawa guru Perancis dan kemudian berkata: “Perpaduan dan ketegasan adalah satu-satunya jawapan terhadap keganasan-keganasan Islam.

Mengakui Islamophobia di rantau itu semakin meningkat, Erdogan berkata, permusuhan terhadap Islam dan umat Islam telah menjadi dasar di beberapa negara Eropah. 

“Sekiranya ada penganiayaan di Perancis, mari kita lindungi umat Islam bersama-sama. 

“Ahli politik di Eropah harus menghentikan kempen kebencian yang diketuai oleh Presiden Macron,” katanya.

Pertikaian antara Macron dan dunia Islam meningkat pada Isnin, dengan tokoh terkemuka di Asia dan Timur Tengah mengecam pemimpin Perancis itu. 

Susulan itu juga, banyak negara yang majoriti umat Islam mengadakan demontrasi jalanan dan kempen di media sosial sebagai mengecam tindakan Macron serta Perancis. –  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk Ziarah Kasih Indahnya Islam:

toyyibpay.com/Ziarah-Kasih-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

562263527695 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *