home Semasa Jet Israel serang markas tentera di Gaza

Jet Israel serang markas tentera di Gaza

 

GAZA – Pesawat perang Israel pada Jumaat melancarkan serangan menyasarkan kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Xinhua, memetik sumber keselamatan dan saksi kejadian.

Sumber keselamatan berkata, jet tentera zionis menyerang kawasan yang menempatkan tentera dan peluru berpandu milik Briged al-Qassam.

Menurut jurucakap tentera Israel, serangan udara itu sebagai tindak balas terhadap roket yang dibedil dari Gaza, menyasarkan kawasan di selatan Israel pada Khamis malam.

Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Sejak dua minggu lalu, militan tidak dikenali membedil empat roket ke selatan Israel. Pada Selasa, roket dibedil dari Gaza beberapa jam selepas tentera Israel dilaporkan menjumpai “terowong” yang didakwa digunakan militan untuk bergerak dari Gaza ke Israel.

Insiden itu merupakan pelanggaran terbaru terhadap kesepakatan yang dicapai, ditaja oleh Mesir, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Qatar tahun lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *