home Semasa Juara qudwah, berundur di saat gemilang

Juara qudwah, berundur di saat gemilang

 

Saya kira bahawa Khabib dikenali oleh majoriti pembaca page ini

Nama penuhnya, Khabib Abdulmanapovic Numagomeox, yang juga dikenali sebagai The Eagle di kalangan peminat seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Khabib dilahir dan dibesarkan pada 20 Sept 1988 di Tsumadinsky, Dagestan, Russia. Bapanya adalah jurulatih peribadinya, merangkap murrobbi yang membesarkannya sebagai Muslim yang kuat berpaut dengan agama.

Khabib adalah seorang yang berpendidikan tinggi, graduan daripada Plekhanov Russian University of Economics.

Dalam sukan MMA, Khabib adalah juara yang unggul yang telah memenangi 29-0 perlawanan dan tidak pernah tewas.

Semalam, beliau mengumumkan persaraannya tatkala berada di puncak dunia.

1- Kejayaan saya adalah pemberian dari Allah swt, alhamdulillah. (Dia kerap mengulangi kata-kata bahawa tiada yang lebih penting naginya selain berserah kepada Allah – Los Angeles Times)

2- Bagi saya, keluarga dan agama adalah segala-galanya.

Khabib juga :

3- Sentiasa ke masjid untuk solat berjamaah terutamanya subuh, serta menggalakkan anak-anak muda berbuat perkara yang sama.

4- Sentiasa menunjukkan tinglah laku yang baik, bermaruah dan menahan diri ketika diprovokasi. Beliau juga menjaga hubungan dengan tokoh sukan dunia dan pemimpin negara.

5- Menghentikan latihan di bulan Ramadan sebagai dakwah kepada anak muda Dagestan yang tidak berpuasa disebabkan sukan atau sebab persiapan peperiksaan.

6- Membelanjakan hartanya untuk agama dan masyarakat yang memerlukan.

Khabib jauh daripada kesempurnaan tetapi jutaan manusia begitu terkesima dengan keperwiraan dan akhlak yang ditunjukkannya.

Semoga Khabab, ibunya, isterinya Patimat dan 3 anak mereka akan kekal bahagia selepas kehilangan ayahnya Julai 2020 yang lalu.

Semoga Khabib terus istiqamah sebagai qudwah generasi muda di Russia dan di dunia antarabangsa.

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk Ziarah Kasih Indahnya Islam:

toyyibpay.com/Ziarah-Kasih-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

562263527695 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *