home Semasa Lapan individu peluk Islam serentak

Lapan individu peluk Islam serentak

 

PEKAN: Lima sekeluarga antara lapan individu yang mendapat hidayah untuk memeluk Islam secara beramai-ramai pada majlis melafazkan syahadah Kompleks Baitur Rahah, di sini, kelmarin.

Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan, Muhammad Hafidz Abdul Halim berkata, pada program berkenaan turut diadakan majlis pernikahan dua pasangan saudara baharu masyarakat Orang Asli serta penyampaian bantuan kewangan.

Menurutnya, lapan saudara baharu terbabit menerima bantuan kewangan antara RM300 hingga RM500 disediakan MUIP sebagai sokongan kepada mereka selain untuk meringankan beban keluarga sepanjang tujuh tahun bantuan disediakan.

Katanya, usaha mengislamkan masyarakat Orang Asli di Pekan dilakukan secara berterusan dengan sokongan pelbagai agensi lain dan hampir setiap tahun majlis melafazkan syahadah dianjurkan di kawasan penempatan mereka.

“Selepas mereka memeluk Islam, usaha memberi pendidikan agama dilakukan pendakwah atau penggerak masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Guru Briged Dakwah secara berterusan di setiap kawasan penempatan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman daerah ini.

“Kita akan memastikan semua saudara baru terus mendapat pendedahan ilmu agama secara berterusan oleh guru agama dan peringkat awal mereka diajar fardu ain seperti cara solat, menyucikan diri, perkara dilarang Islam dan berpuasa,” katanya.

Majlis berkenaan disaksikan Pegawai Agama Islam Daerah Pekan, Mohd Aris Jamin Al-Hafiz.

Muhammad Hafidz berkata, sebelum ini pihaknya pernah mengadakan program berkhatan khusus untuk kanak-kanak masyarakat Orang Asli Islam di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Runchang yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan. -MyMetro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *