home Semasa Majoriti rakyat negara Arab bantah normalisasi Israel

Majoriti rakyat negara Arab bantah normalisasi Israel

 

TEBING BARAT – Satu tinjauan menunjukkan penduduk di negara-negara Arab menentang pengiktirafan Israel dan hubungan yang dijalinkan dengannya, walaupun baru-baru ini para penguasa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan untuk menormalkan hubungan dengan Tel Aviv.

Indeks Pendapat Arab 2019-2020 dilakukan secara wawancara bersemuka dengan 28,000 responden di 13 negara Arab, termasuk Jordan, Palestin, Lebanon, Mesir dan Mauritania antara November 2019 hingga September 2020.

Hasilnya menunjukkan bahawa responden memandang Israel sebagai ancaman utama yang dihadapi oleh negara mereka.

Ketika ditanya sama ada mereka akan ‘menyokong atau menentang hubungan diplomatik Israel dengan negara anda’ hanya responden di Sudan dan Arab Saudi yang dicatatkan kurang daripada 80 peratus untuk menentang perkara itu, iaitu masing-masing pada 79 peratus dan 65 peratus.

Manakala, di dua negara yang sudah mengiktiraf Israel – Jordan dan Mesir – penentangannya sangat tinggi dalam kalangan rakyat, masing-masing pada 93 peratus dan 85 peratus.

Bagaimanapun, warganegara UAE, Bahrain mahupun dari Oman yang negaranya diyakini sebagai yang berikutnya untuk menormalkan hubungan dengan Israel, tidak termasuk dalam tinjauan.

Sebilangan besar responden juga takut kepada Amerika Syarikat (AS), dengan rakyat Sudan menjadikan negara itu sebagai ancaman paling besar terhadap mereka, pada 37 kadar peratus. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *